13 June 2013 0 dear Diary..

Terjemahan Surah Yaasin..

Yaa, Siin.۞ Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh ۞ Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul - rasul yang telah diutus ۞ Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam) ۞ Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani ۞ Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. ۞ Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. ۞ Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. ۞ Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). ۞ Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman. ۞Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. ۞ Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. ۞ Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), ۞ Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '. ۞ Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta". ۞ Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu, ۞ "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata". ۞ Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya". ۞ Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau". ۞ Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - ۞ "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". ۞ Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? ۞ "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. ۞ "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. ۞ "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",. ۞ (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui - ۞ "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan". ۞Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. ۞ (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. ۞ Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya. ۞ Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan). ۞ Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). ۞ Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. ۞ Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair, ۞ Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? ۞ Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. ۞ Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; ۞ Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; ۞ Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. ۞ (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ۞ Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; ۞ Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. ۞ Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, - ۞ Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. ۞ Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya). ۞ Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). ۞ Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". ۞ Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!", ۞ Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). ۞ Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. ۞ Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. ۞ (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!, ۞ Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). ۞ Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. ۞ Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; ۞ Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; ۞ Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; ۞ (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. ۞ Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). ۞ "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! ۞ "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. ۞ "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? ۞ "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). ۞ "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!" ۞ Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. ۞ (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? ۞ (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. ۞ Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? ۞ (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; ۞ Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. ۞ Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? ۞ Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. ۞ Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? ۞ Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu). ۞ Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka. ۞ Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan. ۞ Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati), ۞ Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?" ۞ Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); ۞ "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu". ۞ Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. ۞ Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. ۞ Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.۞

"Ya Allah kau berikan lah hambamu ini ketenangan dan dipermudah segala urusan..sesungguhnya aku hanya insan yang lemah yang tak mampu menempuh segala dugaan..aku tak kuat untuk semua ini ya Allah..kau berikan lah aku kekuatan agar aku boleh mengharungi segalanya..ampunkan la segala dosa kedua ibu bapa ku serta keluarga ku.."

12 June 2013 0 dear Diary..

Masih Terukir Senyuman Plastik..

Assalamualaikum..

firstly Alhamdulillah sebab aku da dapat keje kat KL ni..budak2 ni yg tolong aku masok keje kt sini..thanks friend..buat masa ni aku keje je dulu kat mane yg dapat..insyaAllah kalau ade rezeki boleh naik pangkat or cari tempat keje yg lagi better..hahaa..ape pon start keje dulu ok..semalam aku interview lame gak la aku tunggu..hujung2 dia cakap ngan aku tak payah interview khamis masok keje..syukur Alhamdulillah..korang mesti tertanya2 keje ape yg aku dapat..hahaa..dekat T.G.I Friday's la..

disini la permulaan pekerjaan aku kat KL..ok la keje ni..enjoy n santai..makanan kat sini hahal..cume restoren ni jadi tak halal sebab ade bar..kat bahagian serving ade serve wain tu yg buat tak halal..tapi aku masok back house bahagian kitchen line..sebab aku minat masakan western..so sebab tu aku nak masok keje situ..

semalam lepas aku interview aku terus gerak shah alam kejap nak tengok ayep photoshoot pastu da alang2 sampai sane aku singgah la klang..aku tak taw la kenape hati aku resah sangat..aku nak sangat jumpe AM's..aku nak mintak maaf kat dia..aku bawak skali ngan cokelat..konon2 nak pujuk dia la..tp dia macam tak suka je..sampai je aku kat kedai makan dia aku stay kejap jauh sket dari kedai dia..dalam hati aku berkata apa yg aku buat ni..patot ke aku buat ni..aku taw kalau aku redah jumpe dia mesti dia makin marah aku punya..aku punya neves tu tak terkata..jantung aku berdegup laju sangat..malu nak jumpa dia..tp niat aku nak jumpa dia ikhlas nak mintak maaf..aku text khali..apa yg perlu aku buat then dia cakap "keje je dulu cinta akan datang sendiri..aku paham kau sunyi tp kau da tahu jawapannya..tetap sama.." aku paham maksud khali tu..niat aku nak mintak maaf je kat dia..sebab kalau aku melutut kat dia skali pon aku tahu pendirian dia tetap sama..ntah la..aku pon keringkan hati duduk kat kedai makan dia..aku nampak dia busy sangat..kesian gak aku tengok dia..pastu aku nampak dia terus gerak balik rumah..aku tak tahu la dia marah kat aku ke ape..aku pon angkat kaki terus balik la..da orang tak sudi..sampai je kat traffic light dia text aku nak jumpa datang rumah..aku pon patah balik sebab nak mintak maaf kat dia..then aku happy sangat dapat jumpa dia walaupon tak sampai 2 minit tp aku bersyukur sangat2 dan aku hargai..sebab aku da selalu berjauhan dengan dia bila dapat jumpa skejap aku bersyukur sangat2 dr tak dapat jumpa langsung..walaupun paras rupa nya masam dan disebalik muncung yg panjang tp tak dapat menafikan kegembiraan sebab dapat jumpa aku..senyuman kau tu mahal babe..hahaa..tp aku pon tak tahu dia suka ke tak aku datang..lepas aku jumpa dia aku terus jemaah magrib kat surau depan rumah dia..aku tahu jodoh tu Allah da tentukan tp nama AM's ada dalam serangkap doa yg aku utuskan..aku minta dipermudahkan..

lepas tu aku gerak KL balik..dalam perjalanan tu aku masih terasa kesakitan didada aku..disebabkan degupan jantung yg amat kuat mengakibatkan dada aku sakit..emm kuat hisap rokok..sampai KL amik kecik pastu lepak pandan jaya kejap then gerak downtown..mase kat pandan jaya fon aku bateri flat..so kat downtown aku agak tepu la..masing2 pegang fon dengan wechat diorang..baik tak payah lepak..emm..aku asyik teringat pasal AM's je..aku tak tahu la kenape ngan aku ni..bodoh sangat aku ni..kenape la aku tak hargai dia bila dia ada masa untuk aku..aku tak bercinta pon dengan dia tp aku rase dah macam dia tu cinta aku..sehari tak contact rasa gila..kehilangan dia amat terasa..sebab tu aku betul2 nak mintak maaf kat dia..kalau dia dah tak nak kawan ngan aku tak pe la..aku redha dan aku serah segalanya kepada Allah..sebab aku taw aku ni bodoh..aku selalu memikirkan keadaan dia..tak terungkap dengan kata2..aku harap kau paham AM's..sampai je rumah aku charge fon dan bila aku on fon aku tengok tak text masok dari dia..aku punya kecewa teramat sangat..aku ingat aku da bagi cokelat dia da ok..ternyata dia betul2 dah tak nak kawan dengan aku lagi..aku penah bace lelaki yg mengalirkan air mata untuk perempuan lelaki itu benar2 menyintai perempuan itu..aku tak nak komen pape..kalau aku nak menyayangi dia aku nak menyayangi melalui praktikal bukan dr teori je..maksud nye aku nak kene tunjukkan yg aku sayang dia..bukan sekadar kate2 indah yg keluar dr bibir saja..tp masalah nye aku tak berkesempatan nak tunjukkan rasa sayang aku kat dia..aku nak dia rasai yg aku betul2 menyayangi dia..emm ntah la..insyaAllah..

so aku perlu teruskan kehidupan aku hari2 tanpa AM's..selagi mana aku boleh menahannya..senyuman plastik yg aku lemparkan kepada kawan2 tp hati berkecamuk berderai hanya Allah je yg tahu..apa lagi yg aku perlu buat..aku sunyi dan perlukan seseorang yg boleh menemani hari2 sepi aku..aku manusia biasa yg perlukan kasih sayang..ingin dicintai dan menyintai..perlukan perhatian supaya terasa diri ini dihargai..bila rase diri tak de yg hargai mula la buat benda2 bodoh yg tak berfaedah..muka ceria hati siapa tahu..tu je ungkapan yg bole aku terjemahkan..so cukup sampai disini entree kali ni..hati aku sedih sangat..kat Allah aku dah mengadu kat bubu belog ni pon aku da ngadu..terpulang kat AM's untuk kembali sedia kala atau pon berterusan sebegini..hujan mengerti perasaan aku skang ni..emm sokey la chill yaw..

11 June 2013 0 dear Diary..

Hari ke 2 di KL..

Assalamualaikum..

hari kedua aku berada di KL ni..so far so good la..not bad..rutin harian aku hari ni bangun tido pastu siap2 untuk pegi interview kat T.G.I Fridays..sampai je aku kat sane aku isi form pastu tunggu manager dia sampai..tunggu punya tunggu tak jadi interview..so aku pon dengan hati kecewa aku balik rumah..kat rumah pon tak de buat ape on9 je la..dikala aku kesunyian pasti aku merinduinya..aku still lagi gaduh ngan AM's..hati aku resah gelisah serba tak kene dengan situasi ni..ntah la..aku pon tak taw nak salahkan sape..kalau dia bace entree ni aku nak bagitau dia yg aku betul2 mintak maaf..aku tak tahu macam mane bole jadi macam ni..hope dia ok tanpa aku yg selalu menemani hari2 dia..sedih sangat hati aku ni..rase kekurangan sangat..aku bukan tak hargai dia tp aku sayang kat dia dan aku nak lebih beri perhatian kat dia..tp aku rase dia tak selesa kot..petang td aku text dia then dia reply yg dia tak nak teruskan persahabatan ni..tak pe la aku redha ape yg trjadi..aku selalu pegang kate2 ni..jika kita sayang seseorang tu kita redha dengan apa jua keputusan yg dia buat sebab pilihan dia adalah yg terbaik untuk nya..so aku hanya mampu berdoa atas kebahagian dia..lepas magrib aku siap2 pegi gym..nak bentukkan badan katenye..hahaa..budak2 ni semua semangat nak main gym aku pon turut sama bersemangat nak main gym..tp sen aku tak banyak la kalau ak main hari2..penat gila tp terbaik best sangat..so lepas main gym aku ngan dak2 ni sume lepak minum n shisha kat RNK Ampang..aku ari ni buat kali pertama nya cuba makanan baru..burger murtabak..memang awesome sangat..inti nye dia saute bawang daging burger isi ayam ngan hot dog..then letak black paper sket..tp kalau dia saute ngan black paper sos memang terbaik..pastu toping dia ada telur macam nasi pataya tu..best sangat..korang kene try kat RNK Ampang..then lepas makan kitorang pon chow balik sebab badan dah lepak sangat..sampai rumah mandi pastu update entree ni..so aku nak tido..hahaa..ok la see u again guys..chill..

10 June 2013 0 dear Diary..

Kehidupan Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sampai gak aku kat KL..bermulanya satu kehidupan baru untuk aku..aku nak cuba ubah nasib hidup aku untuk menjadi lebih baik..InsyaAllah..kat JB bukan tak bagus untuk aku tp aku rase trlalu selesa untuk aku meneruskan kehidupan aku kat sane..mane tak nye brape bulan aku menganggur tak pikir ape..hidup senang lenang dibawah jagaan ibu bapa dalam erti kata lain mak ayah sponser..hahaa..aku ni anak lelaki tak boleh la aku macam tu..aku kene lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kehidupan..ni baru hidup sorang..kalau berdua?memang patot la aku single sampai skang abes hidup sendiri tak boleh jage ni kan pula nak jage anak orang..memang makan ubi rebus cicah gula la jawab nya..hahaa..that's why la aku nak ubah diri aku untuk jadi lebih bertanggungjawab dan lebih berdedikasi wawasan 2020..hahaa..so aku nak hidup berdikari nak blaja hidup susah..jangan nak mengharapkan bantuan orang je..berdiri di atas kaki sendiri..tp Alhamdulillah la nasib baik aku ade kawan kat sini yg sudi nak tumpangkan rumah dia dan bg aku keje..nama dia Ahmad Yani a.k.a kecik..hahaa..esok aku ade interview kat tempat keje dia kat T.G.I Fridays kat jalan ape ntah..kat banda KL..so guys wish me luck oke..hope dapat kje kat situ..boleh la sebagai permulaan nak bertapak kt kota metropolitan ni aku sapu je la keje ape2 pon..janji kje bole aku sara hidup aku kat KL ni..

Band Auntie Mary's..
sayang seribu kali sayang aku terpakse buat sume ni..memang terlalu berat aku nak tinggalkan band ni tp demi masa depan aku aku trpakse lakukan juga..aku membuat keputusan untuk keluar dr band sebab nak berhijrah ke KL..kalau aku stay dalam band aku xde mase untuk uruskan band..dengan line up yg tak de komitmen nye lain..tak pe la..maybe bukan rezeki aku nak jadi artis untuk berkarya..tp InsyaAllah pasti aku buat come back lepas aku kukuhkan kewangan aku..hampir setahun band ni ditubuhkan..sayang dan berat rasa hati..

Matlamat Visi dan Misi
jejak je kaki aku kat KL aku dah pasang matlamat visi dan misi..matlamat aku aku nak cari keje kat KL ni..tu memang motif utama aku datang ke KL ni..so nak tak nak aku kene cari keje gak la..nanti aku nak makan ape pulak kat KL ni..visi aku pulak aku nak cari calon jodoh aku..aku takkan balik ke kampung selagi aku tak jumpa calon yg nak aku tunjukkan pada mak dan abah..bila diorang bg lampu hijau je tak payah leceh2 lagi terus tunang..hahaa..dan misi aku aku nak keluar kereta dalam tahun ni gak..sebenarnye misi ni dari tahun lepas lagi disebabkan aku tak keje kire failed la misi aku..so tahun ni aku nak achieve target aku sampai jadi..walau kene ikat perut skali pon..

Continue Study??
emmm sambung blaja ea..asalnye memang aku nak sambung blaja..mak abah pon sokong 100% aku sambung blaja..tp disebabkan ramai yg cakap sambung blaja tu buang masa dan duit aku terus down..aku ade gak berangan nak cont study satu kampus ngan AM's..ye la mase kt kolej dulu aku tak penah bebual pon ngan dia so ni kalau ade kesempatan aku nak la sambung blaja ngan dia..tp tu sume mustahil dan tak mungkin terjadi..sebab dia memang tak nak aku sama kampus ngan dia..kot..hahaa..ntah la..kalau dia sambung blaja bagus la..aku doakan yg tebaik untuk dia..aku apply je kursus ijazah kulinari kat UiTM Shah Alam..kalau ade rezeki pergi jela..bukan sume orang ade ijazah..kalau diploma tu da macam spm da aku tengok..tp kalau aku buat degree aku buat part time je kot..aku nak keje sambil blaja..dalam mase yg sama bole sara kehidupan aku,bayar duit rumah,duit kereta dan duit simpanan untuk kahwin..kalau tak bole bawak aku stop la blaja..rare tak..hahaa..so ape pon tunggu la entri yg mengatakan aku ni sambung blaja ke tak ye..kalau tak de tu makne nye tak sambung blaja la..tp semangat aku untuk sambung blaja tu masih jelas dan membara..hope ade la rezeki aku oke..

Kenape aku de-active Facebook??
macam ni ceritanya..hari tu aku ade sorang pompuan ni add aku kt Facebook..so aku comment kat wall dia cakap thanks for add yaw..ayat biasa yg aku gunakan klau ade orang add aku ke orang approve aku ke..then pompuan tu im aku cakap nak kenal ngan aku..aku pon ok jela da kate nak kawan..pastu malam tu gak dia bole luahkan perasaan dia kat aku..dia tengah sedih sebab putus tunang..bila putus tu aku tak taw la then dia nak salahkan lelaki pulak..aku cakap la tak semua lelaki sama..pokok pangkal nye hati..tak taw la dia paham ke tak..aku mula tak selesa ngan dia bila dia stalker gamba2 aku..pastu dia cakap aku ni hensem dan dia tak caye aku single..tu terpulang la kat dia nak cakap ape pon..pastu esok nye aku on9 dia im aku 'hye hensem'..aku bukan tak bole trima dia cakap aku hensem..aku taw aku memang hensem pon..hahaa..tp ntah la aku makin tak slesa pulak..baru kenal dan panggil aku macam tu..nak remove takot dia kecik hati pulak..so aku deactive la facebook aku..nanti da reda sket baru aku remove dia..so kes ni bersangkut paut lak ngan AM's..malam yg aku activekan fb balik tu aku just nak amik someting kt fb tu..so aku tengah rushing n blur AM's pon im aku..aku pon nak bergurau ngan dia tp dia amik sios then remove aku..tp aku rase kali ni betul2 penghujung perkenalan aku ngan dia..memang mustahil dia akan add aku balik..memang tak kan lah..so aku redha je ape yg berlaku..orang kate makin hari makin sayang tp aku ngan AM's ni ntah la..harap dia bahagia ngan hidup dia tanpa aku..aku ni sekadar menumpang kasih dengan dia..ukur baju badan sendiri tepuk dada tanya selera..sedar diri sape kita..

so akhir kata dari aku harap penghijrahan aku ni berbaloi untuk diri aku..aku akan pulang membawa kejayaan..so guys yg bace entree aku ni doakan yg terbaik untuk kehidupan aku k..owh ye kenape aku banyak sangat caption bold?sebab aku banyak sangat nak citer kat bubu belog aku ni..mane tak nye da jarang update entree an tu yg banyak bunyi tu..aku nak update je line broadband lembab kalau kat CC pulak line laju tp hasutan dari kawan2 untuk bermain DOTA so aku tak de mase la nak update belog ni..hahaa sory bubu belog..so chill yaw..

06 June 2013 0 dear Diary..

Saya Sakit...

Assalamualaikum..

setelah beberapa hari tak update bubu belog ni..aku rase aku rindu pulak kat belog ni..hahaa..dah seminggu aku terbongkang kat rumah disebabkan demam yg teramat batuk yg teruk dan lain-lain lagi..aku batuk sampai hilang suare aku..ade gak trfikir nak pegi klinik mane taw ade sakit kritikal ke..tp jawapan dokter tetap sama..hahaa..aku memang dari kecik lagi kalau sakit je mesti lama dan cepat kena sakit..sebab aku ni kurang antibody dan kurang kasih sayang..hahaa..so aku perlukan seorang jururawat yg boleh jage ak setiap hari..cewah..hahaa..siosly 2 minggu baru baik demam..dasyat betul la demam ni..da macam kene santau pon ade..hahaa..so skang aku da boleh menjalankan aktiviti aku seperti biasa..owh ya minggu depan aku da nak naik KL da..aku nak bina hidup baru..so wish the best for me oke..hehee..dan akhir kate dari aku demam kau jangan ganggu aku lagi..aku tak suka..chill yeah for next entree oke..

 
;