13 May 2013

13 Mei 1969..

Assalamualaikum

Disebabkan hari ni tanggal 13 Mei 2013 so aku nak remind sket kepala otak korang sume tentang tragedi 13 Mei yg terjadinya pertumpahan darah..aku berminat nak update pasal ni sebab mase aku study dulu aku penah di assignment kan tentang 13 Mei ni..dalam subjek Pengajian Malaysia(MPW).. assignment individu so aku banyak gak research tentang ni sume tu yg aku agak berminat sikit..so ape yg aku dapat ni aku share ngan korang sume k.. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia..

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka.. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi..

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969..

ni la antara gambar² tragedi 13 mei 1969..

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi..Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas.. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina.. Rusuhan besar terjadi.. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur.. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur..

13 Mei 2013

dah berapa hari ni timbul beberapa isu tsunami cina..kebangkitan orang cina utk menolak BN sehingga PM Malaysia mengeluarkan artikel kat Utusan Malaysia dan banyak lg yg menyalahkan orang cina sebab tolak kepimpinan beliau..bg aku secara pandangan individu beliau tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu sebab ini akan menyebabkan kemarahan kaum cina itu sendiri..ni bole mencetuskan tragedi 13 Mei..aku rase Malaysia ni negara demokrasi so tak de masalah orang nak undi sape pon..terpulang pade individu trsebut nak memilih pemimpin mereka sendiri..jangan disebabkan provok yg dilakukan akan mencetuskan kemarahan sesuatu kaum dengan erti kate lain jangan main sensiviti perkauman..so aku rase biar kita kekalkan keamanan yg sedia ada dan jangan la menakut2kan sesuatu kaum dengan 'cerita dongeng rakyat' yg disebarkan dimedia arus perdana malahan dunia cyber ni..

sumber dari wikipedia dan google image..

0 dear Diary..:

 
;