03 May 2013

KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN.....

Assalamualaikum..

bubu belog aku sedih la...kesedihan yg aku alami tak dapat disangkal mana2 perasaan lg..banyak bende yg aku sedih kan dan memikirkannya untuk hari ini..kau la tempat aku luahkan nye..tadah je la ea bubu belog..

1) KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN masa depan aku yg tak terjamin lagi..ape nak jd ngn aku ni..mase depan aku belum tentukan lg..aku perlukan sokongan dan dorongan utk aku maju kehadapan..aku ni seorang yg cepat dan mudah patah semangat..kalau aku teringat bende ngn mengecewakan aku pasti aku akan sedih dan patah semangat..aku perlukan seseorang yg perlu menaikkan semangat aku yg runtuh ni..aku banyak kali cakap kat AM's yg dia tu sumber inspirasi aku dan dia yg boleh naikkan semangat aku..tp tak sume orang yg kte harapkan boleh membantu kite..orang lain takkan mengubah nasib kite melainkan diri kita sendiri..memang betul tp aku perlukan seseorang yg boleh membimbing aku memberikan aku dorongan..ibarat memberikan tongkat kepada sibuta utk mengharungi kehidupan..

2) KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN AM's mngatakan hasratnya utk masa depan dia..dan hasratnya jauh berbeza pandangan dan pendapat aku dengannya..mungkin dia memang betul bukan jodoh aku dan aku ni yg nak melawan takdir..aku dah berusaha dan buat yang terbaik untuk mendapatkan hati dia tp malangnya keadaan tetap ssama..hati aku selalu ade utk dia..perasaan yg sukar dirasakan wujud dalam hati aku..perasaan yg bukan skali aku mintak utk hadir dalam hidup aku tp ianya muncul dengan kuasa Ilahi..aku hanya mampu berdoa dan segalanya akan dipermudahkan..

"Ya Allah, jika dia adalah permaisuri hati aku dan peneman hidupku hingga akhir hayat Kau permudahkanlah urusan kami untuk disatukan hati kami dan jika dia bukan jodohku Kau jauhkanlah perasaan yg terbuku dihatiku ini supaya aku dapat menjalani kehidupan harian tanpa bayangnya"

3) KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN pertelingkahan sesama kawan disebabkan perbezaan ideologi politik..negara Malaysia ni negara demokrasi so rakyat berhak menetukan kerajaan mana yg layak utk mentadbir dan memimpin rakyat..aku yang menyokong cara pentadbiran Pas tp dihina dan dimaki seolah2 negara ni autokratik kebebasan bersuara tu trhalang..terpulang pada individu tu sendiri nak menilai parti mana yg layak memimpin..jangan disebabkan politik saudara mara trgadai jangan disebabkan politik persahabatan terputus dan jangan disebabkan politik suami isteri bercerai berai..jaga perpaduan dan jangan memecah belahkan dan perbelahan antara kita..setiap orang ade pandangan tersendiri dan berhak melontarkan ideanye..kalau betul hebat pemikiran berhujah dengan sopannya..bukan dengan cacian dan kata2 kesat..berfikir secara rasional dan matang utk menampakkan hujan anda itu bernas..bukan skadar berkokok dengan ayam(metafora sendiri)..maksudnya berani lantang brsuara dan tidak memberi peluang untuk orang lain mencelah..so kat situ boleh menampakkan kebodohan terserlah..hati2 bila menjadi "keyboard warior" ni..perlulah berhujah dan disertakan dengan fakta dan apabila fakta diberi janganlah pertikaikan sebelum menilai..kaji dulu fakta trsebut dan buat keputusan..sehingga hari ini masyarakat kita dah disemaikan dan disiramkan dengan politik momok yg ditakut2kan supaya tidak menyokong..so beringat berfikir dengan waras..

4) KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN terasa diri ini seolah2 diambil kesempatan oleh Qiena..semalam aku text dia tanye khabar dia tp dia tak reply pon..pagi td dia col dan text aku mintak tolong dia cakap urgent..aku saje cakap aku kat kampung engatkan dia nak tanya aku buat ape kat kampung dan tanye bile balik tp dia reply "oh ok xpe" wah sedih nye hati aku,,then aku tanye lagi "nape Qiena ape yg urgent sangat" pastu dia reply "xde pape".. sakitnya hati aku..at least jawab la kan pertanyaan aku yg caring ni..aku xde la nak mengungkit tp bila aku ade kereta dia nak keluar ngn aku bile aku tak de kereta or masa utk dia dia layan aku macam ni..tak adil untuk aku semua ni..tak pe la asalkan dia bahagia sudah memadai bagi aku..tapi kesian aku tengok Qiena tu..emm tak pe la Qiena harap awak bersabar dalam menempuhi dugaan dalam kehidupan..

5) KESEDIHAN YANG AKU ALAMI HARI INI DISEBABKAN bubu belog aku ni tak cantik macam blog orang lain..aku tak pandai nak edit blog la..sorry ea bubu belog..nanti aku belajar dr semasa ke semasa..nanti da pandai edit mesti kau cantik punya..kalau dulu yaya la yg pandai edit bubu belog ni tp skang pengganti pencerita brlaku ni la jadinya..yg gantinya pon kayu tentang blogger ni..haha..sokey la Mapey nnt ok la tu..aku stalk blog orang sume nye meriah cantik2..jeles giler aku..nak kene rajin bertanye la kan..emm sokey la aku akan cuba perbaiki kelemahan dalam dunia bloggers ni k..amin doakan kejayaan aku..

akhir kata dari aku minta maaf sekiranya ade trkasar bahasa dan ada yg terasa..yg buruk datang dari saya dan yg baik semuannya dr Allah..jaga diri jaga hati jangan sampai terluka jaga iman supaya menjadi hamba yang diredhai Nya..InsyaAllah..sampai sini saja entri aku hari ini semoga esok ade lagi..actually aku tak de mood nk update tp disebabkan bubu belog ni aku update gak..hehe

0 dear Diary..:

 
;