09 May 2013

Siri Politik Edisi II

Assalamualaikum

aku nk citer lagi pasal politik ni..best cakap pasal politik..boleh gaduh2..hahaa..mase PRU13 aku mencari pengalaman baru dengan menjadi ejen pemerhati dan ejen mengira undi..mase aku jage peti undi tu tak de masalah ape la yg trjadi..tp lepas aku balik aku dengar banyak citer yg SPR ni tak telus..banyak perkara nk tidak adil yg brlaku sperti pengundi hantu,pengundi import,trjadinya litar pintas (blackout) dibeberapa tempat dan mengakibatkan berubahan undi yg asalnya didahului oleh PR dan dimenangai oleh BN..berita ni tidak sesama sekali akan keluar kt TV3 RTM Utusan Malaysia Awani dan lain2..disebabkan kawalan seratus peratus oleh BN mengakibatkan berita yg disalurkan kepada masyarakat memihak satu pihak..ini adalah tak relevan sama skali..pengundi import ni berlaku sendiri kat kawasan aku di P143 Pagoh..tp bukan brlaku ditempat pusat mengundi yg aku jaga la..trdapat pusat mengundi yg dilaporkn trdapat pengundi bangla yg ade IC yg boleh mengundi..tp tak taw cakap bahasa melayu dan jauh skali pandai nyanyi lagu negaraku dan rukun negara..lepas mengundi pengundi import ni ditahan polis selepas mendapat laporan dr pengundi cina..da mengundi baru kene tangkap..nak buat macam mane benda da jd..sebab tu kite kene tentang sume ni..

Mapey Sebagai Ejen Pemerhati Pengundi??

hahaa macam tak percaye je aku ditugaskan sebagai pemerhati pengundi semasa PRU13..ni kira macam pengalaman baru untuk aku la..sebab sblom ni tak cukup umur nk menceburi bidang ni..hahaa..so skang da bole berfikir dengan waras dan bole memberi pandangan yg meluas tentang lanskap politik di malaysia ni..

tokoh muda ahli poltik..hahaha

masa aku jd ejen pemerhati ni aku bertugas di Sekolah Agama Pekan Pagoh..aku menjaga saluran 1 iaitu golongan veteran..jumlah pengundi saluran 1 ialah 350 dan yg keluar mengundi 274..yg selebihnya berkemungkinan da tak de dan tak dapat datang..tepat jam 5 petang tamat untuk mengundi dan 5.30pm mase utk mengira undi..mase aku kire undi di saluran 1 pusat mengundi yg aku jage keputusan diperingkat DUN dimenangi oleh BN majoriti 10 undi dan peringkat Parlimen juga dimenangi BN majoriti 22 undi..tp berbeza pulak dengan saluran 2 iaini golongan prtengahan yg menolak BN jauh majoriti nya baik peringkat DUN dan Parlimen..PAS yg berjaya menambat hati pengundi golongan pertengahan bahkan pengundi cina sendiri mengundi pemimpin PAS..ini yg trjadi kat Pagoh dan aku yakin trjadi di seluruh Malaysia..cina sendiri boleh terima PAS tp kenapa UMNO yg masih bangga dengan kemelayuan dia sedangkan agama dia goyang..saluran 3 pula menampakkan golongan muda yg masih lg 50 50 dalam membuat keputusan..keputusan disaluran 3 tak nampak jurang yg jauh apabila PAS mendahuli diperingkat DUN dan BN mendahului peringkat Parlimen dgn majoriti yg kecil..ini nampak kelihatan pertambahan undi bg PAS di PRU13 brbanding sebelumnya di Parlimen Pagoh ni kampung halaman aku..calon yg bertanding bagi peringkat DUN N8Jorak Ismail Mohamad(BN) dan Norhayati Bachok (PAS)..bagi peringkat Parlimen pula P143Pagoh ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Md Yassin(BN) dan Mohamad Rozali Jamil(PAS)..

ni la antara pak cik2 yg keluar mengundi..smile pakcik..hehee

Fakta Menarik Selepas PRU13

  1. Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3..
  2. MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ).. Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng..
  3. DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008..
  4. Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi)..
  5. Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain)..
  6. 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
  7. Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).. Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan)..
  8. BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut Perak(BN 31 PR 28),Terengganu(BN 17 PR 15),Kedah (BN 21 PR 15) dan Negeri Sembilan (BN 22 PR 14)..
  9. Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah.. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan..
  10. Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas..
  11. PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru..
  12. Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas.. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam..
  13. Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut..

ni la pertambahan kerusi orang melayu yg dimenangi PR..tak de istilah kalau PR menang cina jadi PM Malaysia..buka mata buka akal dan buka hati..terima fakta jangan trlalu termakan kata2 media perdana..buat kajian dulu dan yg penting jangan dengar satu pihak je..dengar dua2 pihak dan kita nilaikan nya buat keputusan dengan betul..

so sampai sini je entri tentang politik edisi 2 dan nantikan untuk edisi ke 3 edisi yg terakhir pandangan aku tentang politik dimalaysia..tak salah kita mempunyai pandangan berbeza..sebab kita dikurniakan sepasang mata sendri dan menilaikan lah sesuatu dgn sendirinya..janganlah kita bertengkar sesama kita disebabkan perbezaan ideologi politik..sebaliknya kita harus bersatu padu untuk menjadikan negara malaysia bebas dr rasuah, korupsi, penyelewangan, penyalahguna kuasa, pembaziran kewangan, melebihkan kroni dan banyak lagi..ini yg dilakukan oleh segelintir pemimpin trtinggi dikerajaan yg rakyat tidak mengetahuinya disebabkan media arus perdana dikawal dan dikuasai sepenuhnya oleh diorang ni sume..korang jangan tak tahu sebenarnya BN tu bukan kerajaan..meh bia aku explain..kadang2 naik penat dan berbuih mulut aku terangkan kt org UMNO ni..korang kene cerdik dan buka mata..kerajaan ialah MALAYSIA..yg diberi mandat untuk mentadbir kerajaan ialah BARISAN NASIONAL..yg memberi mandat RAKYAT MALAYSIA..so sepatutnya tak isu yg patut timbul orng sokong PR ni tak brsyukur..dah buat skola, masjid, bagi bantuan, subsidi sume..bg aku tu sume duit rakyat..rakyat berhak mndapat sume tu..pasal BRIM tu sume duit raakyat..duit dari kerajaan MALAYSIA..bukan nya duit dr BARISAN NASIONAL..kena paham kat situ..buka mata sikt ok..ape pon aku minta maaf kalau aku ade tersalah kate dan terusik dijiwa..cuma nak sampaikan ape yg aku rasa..

0 dear Diary..:

 
;