16 May 2013

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum..

entri kali ni aku nak update pasal sekolah aku start aku darjah 1 sampai lah form 5 dan zaman kolej sempena hari guru ni..aku nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat hari cikgu kepada sume guru2 yg pernah mengajar anak murid yg bernama muhammad nasrinazizi ni..hahaa..cikgu2 sume tadah je ngan perangai aku yg sengal ni..tp akhirnya aku menjadi orang jugak..jadi ker??haha..

tahun 1998 - 1999 : Sekolah Kebangsaan Laksamana,Kota Tinggi
skola ni aku kejap je sebab..mase tu darjah 1..aku lepas tu pindah ke JB..aku duduk Kota Tinggi kejap je..

tahun 1999 - 2003 : Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1,Johor Bahru

ni la skola aku dr aku darjah dua sampai aku darjah 6..aku tahun last skola kat ni sebelom skola ni renovate jadi tinggi..skola tinggi baru budak pandai..hahaa..banyak gak la kenangan aku kat skola ni..


ni la pemandangan skola STAR 1 yg lame sebelom dinaik tarafkan..

kemudian jadi la macam ni..tak merasa aku skola ni..lepas dinaik taraf aku da tak skola kat sini lagi..aku skola kat sini sampai aku UPSR..resultnye?Rahsia..hahaa

tahun 2004 - 2006 : Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki,Johor Bahru

skola Aminuddin Baki atau SAB..agak terejal jugak la mase aku skola sini dulu..mana tak nye asyik cabut skola je..ni la kesan akibat tersalah pilih kawan sehinggakan trcicir dalam pelajaran..tp skola kat sini memang best sebab ramai kawan..

antara pemandangan skola SAB ni..ni gate depan ni..hahaa..aku copy paste kat google image..

tahun 2006 - 2007 : Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani,Muar
tahun 2006 abah kene tukar keje kat muar so aku pon terjebak kene ikot skali..aku mula tak nak ikut pindah muar sebab aku da best kt JB ramai kawan..aku sampai talk ngan abah aku nak duduk rumah along..sanggup tu tak nak pindah..tp last2 aku kene pindah gak sebab aku ni kalau kat JB tak jadi orang..tu yg kene ikot pindah tu..tp aku tengok hasilnye same je tak jadi orang..hahaa

mula2 masuk skola ni memang rase tak best giler..aku rase macam nk benti skola je..tp bile lame2 da ade kat skola ni pastu da kenal ramai budak jadi best pulak..tu la orang kate tak kenaal maka tak cinta..

tahun 2007 - 2008 : Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri,Johor Bahru

ni la skola teknik aku..mase aku form 4 ngan form 5..aku dapat tawaran kat skola ni..dengar dapat tawaran kat JB je tak citer banyak terus pegi..hahaa..JB an tanah tumpah nya darahku..aku amik SPM pon kat skola ni..


ni dataran skola teknik tanjung puteri ni..time perhimpunan kat sini la..

tahun 2009 - 2012 : Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,Kuala Lumpur

selepas mendapat keputusan SPM aku kene menjalani PLKN..aku dapat je surat PLKN aku terus capai mana2 surat tawaran sambung blaja..aku punye giler xnak pegi PLKN aku sanggup sambung blaja..mulanya aku memang tak de nawaitu nak sambung blaja..gara2 nak lari PLKN aku terus sambung blaja kat kolej ni..hahaa

sebelom aku tamatkan entri ni aku nak bagi puisi untu cikgu2 kat Malaysia ni..ape pon majulah cikgu2 untuk negara..hahaa..semoga berjaya mendidik anak bangsa terus maju dipersada mata dunia..dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu2 yg telah mengajar aku sebelom ni..jasa baik anda akan ku kenang hingga akhir hayat ini..Selamat Hari Guru..

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah..

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya..

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya..

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu..

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

0 dear Diary..:

 
;